~Buatmu bakal suamiku~




Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu



~cinta itu seperti kupu-kupu. tambah dikejar, tambah ia lari. tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang di saat kamu tidak mengharapkannya. cinta dapat membuatmu bahagia tapi sering juga buat kamu sedih. cinta hanyaberharga kalau diberikan kepada seseorang yang menghargainya. jadi jangan terburu-buru, dan pilihlah yang terbaik~


cinta bukan bagaimana untuk menjadi pasangan yang "sempurna" bagi seseorang. tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri. Dan kerana kehadirannya itu yang buat kamu sempurna.

memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.

yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahawa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya. jadi, biarkan dia pergi...

cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

caranya untuk jatuh cinta: konsisten tapi jangan memaksa, berbagi dan jangan bersikap tidak adil, mengerti dan cubalah untuk tidak banyak menuntut, sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu.

keserasian yang sebenarnya bukan diukur berdasarkan berapa lama kamu berdua sudah bersama mahupun berapa sering kamu berdua bersama, tapi apakah selama kamu berdua bersama, kamu berdua selalu saling mengisi kekurangan di antara satu sama lain?

mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggungjawab, mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, dan mereka yang menjumpainya, menyebutnya ia takdir. itulah cinta.

jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di sebaliknya. alasan yang kadang sulit untuk dimengertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, DIA telah siap untuk memberikan yang lebih baik.

mengapa harus menunggu?kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa. kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin tergesa-gesa. kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu, jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, dan jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, dari memilih apa yang ada di depan mata. lebih baik menunggu orang yang kita cintai, dari memuaskan diri dengan apa yang ada. lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, lalu kerana menunggu itu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri.

perlu kau ketahui bahwa bunga tidak mekar dalam waktu semalam,kota rom tidak terbangun dalam masa sehari. kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan, cinta yang agung terus tumbuh subur selama kehidupanmu. itu cinta hakiki, itu cinta abadi, pada Maha Kuasa.

jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. itulah Cinta...

jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mau mencuba. jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup. jangan sesekali mengatakan kita tidak mencintainya lagi, jika kita masih tidak dapat melupakannya.

cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang hingga dia meninggal dunia dan akhirnya kita terpaksa mencatatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. sebaiknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benak kita itu sekarang selagi ada hayatnya.

mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, dan kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan tersebut.

sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta itu kepadanya.

seandainya kita ingin mencintai atau memiliki hati seseorang ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. kadangkala kita mencium harum mawar tersebut, tetapi ada kalanya kita merasakan bisa duri mawar itu menusuk jari.

hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, hanya untuk menyedari bahawa pada akhirnya, dia menjadi tidak bererti lagi dan kita harus membiarkannya pergi.

kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehingga kita kehilangannya. pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. kisah silam tidak perlu diungkit lagi, sekiranya kita benar-benar mencintainya setulus hati.

hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi suruhan, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU!!

kemungkinan apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. siapa pun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya.

kita tidak akan pernah tahu bila kita akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya.

cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.

jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. kerana cinta adalah sesuatu yang membawa keindahan dan kebahagiaan di dalamnya.

cinta itu seperti kupu-kupu. tambah dikejar,tambah lari... Tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang di saat kita tidak mengharapkannya.

cinta dapat membuatmu bahagia tapi sering juga bikin sedih, tapi cinta baru berharga kalau diberikan kepada seseorang yang menghargainya. jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik.

cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang"sempurna" bagi seseorang. tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri.

jangan pernah kata "aku cinta kamu" kalau kamu tidak pernah ambil peduli. jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. jangan pernah menyentuhi hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kita lakukan hanyalah pembohongan.

hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara dia tidak berniat untuk menangkapnya...

cinta bukan "ini salah kamu", tetapi "maafkan aku".cinta bukan "kamu di mana?", tetapi "aku disini". cinta bukan "kenapa dengan kamu?", tetapi "aku mengerti kamu". dan cinta bukan "cuba kamu berubah seperti ini", tetapi "aku cinta kamu seperti adanya".

cinta adalah semangat, cinta adalah kepercayaan, cinta adalah kekuatan yang tak bisa dimusnahkan. ia hanya bisa berubah bentuk. cinta memang tak harus memiliki, kerana mencintai berarti memberi tanpa pernah meminta .

hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi menghabiskan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kamu peduli dengan dia.

ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahwa mereka akan mencintai kamu juga.

jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh didalam hatinya. tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh didalam hatimu.

ada hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu ingin dengar. tetapi jangan sampai kamu menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar itu dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya.

jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang!

datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. ada saat di dalam kehidupanmu dimana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. berharaplah bahwa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang ingin kamu mimpikan. pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai dengan keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang kamu inginkan.

selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. jika kamu merasa bahawa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga.

cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata.

masa depan yang cerah akan berdasarkan pada masa lalu yang harus dilupakan. kamu tidak mungkin dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu, sampai saat bila kau melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan. tetapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia, melainkan awal dari kehidupan yang baru.

kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis. kebahagiaan ada untuk mereka yang telah disakiti. kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba.

kerana kepada manusia yang bisa menghargai, betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya. cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia. cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum,sambil berkata , “ aku turut berbahagia untukmu “

apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu. biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya.. tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal. tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu, kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan menyadari. yang bahawa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu.

hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat, yang seharusnya ada di dalam hidupmu.

saat kamu berkata untuk meninggalkannya, mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri. tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu. dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata.

lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati daripada air mata yang keluar dari mata kita. air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi, akan menggoreskan luka di dalam hatimu yang bekasnya tidak akan pernah hilang.

walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,tetapi ketika cinta itu tulus...meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,tetapi sebenarnya kamu menang kerana kamu dapat berbahagia sewaktu kamu dapat mencintai seseorang, lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri...

akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang. bukan kerana orang itu berhenti mencintai kamu, atau kerana ia tidak mempedulikan kita. melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu, akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

apabila kamu benar benar mencintai seseorang, jangan dengan mudah kamu melepaskannya. Berjuanglah demi cintamu... itulah cinta yang sejati.. bukannya cuma datang dan menghilang ...

lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan, daripada berjalan bersama orang yang tersedia ada di depan kamu. lebih baik menunggu orang yang kamu cintai, daripada menerima orang yang berada di sekelilingmu sekarang.

lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya “ seseorang “ atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat.

kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu. dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.

cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan.. yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya.. adalah tidak akan pernah berjalan mundur...

seorang pecinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat.

jika kamu menemui 2 orang untuk dicinta, jangan berharap bahawa seseorang itu akan mencintai kamu persis seseorang yg lain, dalam kapasiti yang sama. satu di antara mereka akan memberikan lebih, yang lain akan dirasa kurang...

jangan pernah takut untuk jatuh cinta.. mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita.. tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis.. jauh lebih pedih.. kerana saat itu kamu menyadari bahawa kamu tidak pernah memberi...

cinta itu sebuah jalan. cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen... perasaan bisa datang dan pergi begitu saja...

cinta tak harus berakhir bahagia.. kerana cinta tidak harus berakhir...

cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan... dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau pikiran.. melainkan dari hati.

ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika kamu berfikiran demikian, kamu bukan mencintai, melainkan.. kamu tidak punyai keikhlasan.

jika kamu mencintai, kamu harus siap untuk menerima penderitaan. kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai.. melainkan memanfaatkan.

lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai, atas egomu yang tak berguna itu...

bagaimana kita akan berkata "selamat tinggal".. kepada seseorang yang tidak pernah kita miliki?

kenapa tetes air mata jatuh demi seseorang yang tidak pernah menjadi kepunyaan kita? kenapa kita merindukan seseorang yang tidak pernah bersama dan pantas kita bertanya, kenapa kita mencintai seseorang yang cintanya tidak pernah untuk kita?

sangat sulit bagi dua orang yang mencintai satu sama lain ketika mereka tinggal dalam dua dunia yang berbeda... Tapi ketika kedua dunia ini melebur dan menjadi satu, itulah yang disebut keajaiban ..

cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi tancapkan dalam pikiranmu, bahwa ada seseorang yang akan bersedia untuk mengubati lukamu dengan mengumpulkan kembali pecahan-pecahan kaca itu... Sehingga hatimu akan menjadi utuh kembali...

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.


Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati .

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi
Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman
Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun.

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

Israel jahat! Boikot Israel & Amerika

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.



Sumber dari :Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

awak~




kita rindu awak ler..hihi

untuk dia~




Andai dapat ku berhentikan waktu
Akanku curi masa untuk dia mengenali aku
Selama panjangnya waktu
Selama itu aku merindu








p/s : i love you..

Sulaiman tolak godaan wanita cantik~



Sulaiman Bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, dia bersama seorang rakannya berniat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Tiba di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman tinggal di khemah manakala rakannya itu pula keluar membeli barangan keperluan. Ketika bersendirian, tiba-tiba muncul depan Sulaiman seorang gadis cantik seraya berkata "Beri saya..."

Sulaiman segera berganjak mengambil makanan lalu diberikannya kepada gadis itu tetapi alangkah terkejutnya apabila gadis berkenaan mengatakan "Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya,".

Sulaiman tersentak lalu membalas "Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku." Hati Sulaiman cukup gelisah, dia tunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan itu, gadis penggoda terbabit segera beredar meninggalkan Sulaiman.

Tidak lama kemudian, terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman pula belum sempat terhapus. "Ada apa pula gerangan wahai Sulaiman," tanya rakannya. Sulaiman menjawab "Aku teringat puteriku."

Rakannya tidak percaya pada jawapan Sulaiman "Tidak mungkin. Demi Allah SWT, engkau pasti menyembunyikan sesuatu." Dek terus didesak, Sulaiman akhirnya menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, rakannya yang mendengar cerita itu menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

"Mengapa engkau pula yang menangis," tanya Sulaiman. Jawab rakannya itu "Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi."

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa'i di Kaabah. Apabila letih dan lelah, dia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Sulaiman bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu "Siapakah tuan. Semoga tuan mendapat curahan rahmat."

"Aku Nabi Yusuf As-Siddiq," jawabnya. Sulaiman membalas "Sungguh, engkau mengagumkan wahai nabi, engkau menang melawan godaan isterim tuanmu." "Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula," jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.



dipetik daripada Metro Ahad 30 Mei 2010.

licik tak licik setan nih?

Al-Hijr ayat 39 [15:39]

Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejahatan) di dunia dan akan aku sesatkan mereka semuanya.



Setan dah sumpah pada Allah, dia pasti dan sesungguhnya akan berusaha sesatkan para manusia. Setan akan jadikan manusia ni ingkar pada Allah, namun manusia itu tetap dengan keingkarannya.Tipu daya setan ni byk dan licik, tanpa ilmu agama yang benar, pasti seseorang itu akan terjatuh dlm noda hasutan setan



Contoh kelicikan setan



1. Setan akan berusaha tuk menjauhkan manusia dari ilmu agama. Dibisikkan dlm hati supaya merasa malas tuk belajar ilmu agama, rasa boring, rasa berat kaki nk melangkah ke kelas2 agama, mcm kita tau dah pelajaran agama tu, agama ni senang ja, buat apa nk blaja2 lg.....pelajaran agama bkn leh jamin kesenangan dunia.


Ulasan: Mmg byk org yg ngaku Islam msuk perangkap pertama nih. Awal2 da kantoi



2. Klu sesorang tu berjaya lepasi halangan pertama ni, iaitu dia tetap melangkah ke kelas agama, tetap menghadiri melazimi kelas agama, xpernah miss....setan akan guna teknik kedua. Iaitu setan akan kaco konsentrasi tumpuan si pelajar - rasa gatal tgn nk kaco org, tak pon org len yg gatal tgn kaco kita, rasa gatal mulut nk sembang tnya yg tu tanya yg ni, rasa berat mata ngantuk - waktu blaja ilmu agama ni la rasa nk buat yg tu nk buat yg ni, waktu lain xsibuk2 pon....ni la antara tipu daya setan tuk alihkan perhatian kita dr blaja ilmu agama. Walaupon sememangnya kita dh berada dlm majlis ilmu, tp dia akan kaco supaya fokus kita terganggu dan kita xakan dpt manfaat dr majlis ilmu tsb.


Ulasan: Perati2 la diri senirik, ade ke xde gangguan ni



3. Klu sensorang tu dpt teguhkan fokus dia pd pelajaran agama, dia xhirau pd gangguan2 setan, dia tumpu untuk cuba memahami dan amik istifadah (amik manfaat) pd ilmu yg dia dgr, tetap setan akan teruskan usaha tuk sesatkan manusia. Setelah seseorang tu tau kbnrn agama, apa yg diperintah apa yg dilarang, setan akan ganggu dia dr segi pengamalan. Betapa byk di kalangan cerdik pandai agama yg menyalahi perintah agama setelah dia mengetahui kbnrn tsb. Kita dh tau tp kita xbuat sebagaimana yg kita tau. Ini tipudaya setan yg ketiga. Apabila halangan pertama dan kedua berjaya kita lepasi, inilah halangan ketiga. Mampukah kita berpegang dan beramal dgn kbnrn agama atau kita hanyut dlm arus dunia - tuk jaga periuk nasi, jaga adat masyarakat setempat walau ianya menyalahi syariat dsb.


Ulasan: Jgn ingt ust2 ulama agamawan betoi sume, byk gak yg bawak penyelewengan dlm urusan agama. Dan bkn ulama je yg terkena tipudaya nih, org awam pon byk yg msuk dlm perangkap nih



4. Jika halangan ketiga berjaya kita lepasi, kita tetap teguh dan beramal dgn kbnrn walau ianya menyalahi kehendak dan pengamalan org kebanyakan - setan akan datangkan gangguan yg ke 4 iaitu ditimbulkan rasa riya' dlm diri, rasa diri bagus, alim, warak, merasakan diri mulia dr org kebanyakan - setan akan hasut supaya amalan kebaikan yg kita lakukan dicampuri dgn riya' di mana akhirnya akan sia2 amal soleh yg kita kerjakan. Jika kita tepis noda riya' (beramal bkn krn Allah, dicampurkan ikhlas pd Allah dgn kehendak supaya dipuji, tuk jaga reputasi, jaga standard, takut org kata, takut nmpk lekeh) maka mudah2an ianya satu amal yg diterima Allah. Tp klu kita biarkan rasa riya' itu berkembang mekar tanpa kita balikkan segala puji bg Allah, bimbang hancus amalan kita.


Ulasan: Yg ni diri seniri kna amik perhatian. Org len xtau kita ikhlas ke tak...tnya hati sendirik



Sia2 amalan walau stlh kita berkorban segalanya tuk beramal dgn kbnrn agama. Rugi la klu dah berpenat lelah mengharung badai tetap bertahan dgn jln Allah, tiba2 kita seniri yg rosakkan amal kita dgn riya' - sekutukan Allah dlm beribadah.