< JANUARI 2010 ~ MANIS DAN PAHIT >


26 JANUARI
IBU N AYAH DATANG KE RUMAH

Seronoknya hati aku bila mak telefon dan mengatakan yang ibu n ayah aku akan datang ke rumah...yeaaayyy...first time ni dorang datang ke rumah aku since dorang pindah dari kuantan dulu and menetap di johor..ibu n ayah ni, aku sekeluarga dah kenal lame...sejak aku sekeluarga tinggal di bukit galing kem, kuantan pahang lagi..dorang ni jiran aku..dulu mak aku meniaga, so aku duduk dengan ibu ayah ni laaa...mase tu pulak dorang belum dapat anak lagi, so memang aku sangat dimanjakan oleh mereka..hehe..n dat's why jugak la da lekat panggilan ibu n ayah coz dorang ni da jadi ibu n ayah angkat aku..aku sekeluarga sangat mesra dengan dorang.. =)

so, isnin 25 januari kelas aku habis jam 6.00 pm. aku pun telefon abah mintak tolong ambik aku kat rumah sewa..sampai2 rumah kat sect 20, aku terus tolong mak buat rempeyek. then borak2 macam biasalah...aku kalau jumpa mak, xsah kalau xborak..hehe (like mother, like daughter)...tapi malam tu aku tido awal gak la..dalam pukul 1 camtu..

keesokan harinya yakni 26 januari, ketidaksabaran aku makin melonjak2...tak sabarnya nak jumpa ibu n ayah!! hehe..lama kot xjumpa dorang..last aku jumpa pun mase gi johor 5 tahun lepas, urmmm lebih kurang gitulaaa....sooo, memang lame..

then pukul 10 pagi, they all pun sampai...yabedabedoooo!! aku pon peluk cium ibu n adik2 (ayah terkecuali)...hehe...ape lagi, sampai2 je, mulut ibu da pot pet pot pet bersembang..haha..biaselah, family riuh memang camtu..then borak2, masak2, makan2...

sebelum makan tu, tengok2 jam dah pukul 2.30 pm..alamak, aku ada kelas pukul 4 kejap lagi..aku pun bingkas gosok baju n sediakan apa yang patut..then baru join dorang makan..pehh, menambah2 aku makan..yelaaa, makan ramai2 ni memang syok...lagi berebut, lagi syok..sebab tu laaa aku suka nak anak ramai..xbosan...hehe..

then pukul 4 aku g kelas, kelas habis pukul 6, then aku terus balik rumah sewe coz after maghrib, ayah, ibu n mak amik aku kat rumah sewe (abah xdapat ikut coz kene jaga perlawanan bola), then aku g bawak dorang naik KTM...yelaaaa, kesian pulak tengok adik2 angkat aku, ain n azim yang menjerit2 "kretapi!! kretapi!" setiap kali KTM lalu kat belakang rumah aku..haha..tapi tak jauh pun aku bawak dorang jalan2 naik KTM, just sampai dekat subang jaya je. then aku belanja dorang makan KFC..tak kisah lah, sekali sekala datang...tu pun nasib baik la dorang nak singgah shah alam after hantar iwan (anak sulung ibu n ayah) sambung belajar kat Ipoh..kalau tak, ibu siap cakap kat aku lagi before ni, ibu just datang masa dila kahwin nanti tau..hahaha...

so malam tu after bawak dorang jalan2, kitorang balik rumah semula..sampai kat rumah, abah dah balik kerja, n along n kak ana pun dah ade kat rumah...lame gak kot dorang da sampai..hehe...tapi aku tak tido kat rumah pun malam tu, coz esok paginya kelas aku start pukul 8.30 pagi..nak tak nak, aku kene la balik rumah sewa malam tu gak..tapi tak pe laaa, at least dapat gak jumpa ibu n ayah..hehe...dengar cerita, tak lama lagi, dorang akan datang rumah lagi bila pergi melawat iwan kat ipoh..hee, tak sabar... =)



21 JANUARI
MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH WAN

hari ini kami tempuh dengan hati yang pasrah. redha dengan qada' qadar Allah yang telah tercatat di Loh Mahfuz. kami harus tabah untuk mengizinkan arwah wan pergi jauh.

proses pengkafanan, solat, n pengkebumian bermula sekitar jam 7 pagi dan berakhir sekitar 11.50 pagi...Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hendaknye arwah wan ditempatkan di kalangan para solihin..amin..

kain kapan sedang dipotong


jenazah arwah wan


ketika menunggu kain kapan dipotong


pengkebumian sedang dijalankan


bacaan talqin sedang diperdengarkan




lebihan barang2 penjagaan arwah wan semasa sakitnya



20 JANUARI
PERGINYA SEORANG NENEK =(
(KASIMAH BINTI BAKRI 1933-2010)


Hari Rabu. kebetulan hari ni aku punya lab petang batal, so around pukul 1 pm aku pun balik ke rumah di seksyen 20, abah yang ambik. balik tu aku tengok mak aku dah tak senang duduk, muka & mata dah merah..aku tau dia menangis. yelah arwah wan yang melahirkan mak sedang bertarung dengan kanser hati..

Doktor pun dah bagitahu yang peluang untuk arwah wan hidup hanya 10% je sebab hampir seluruh bahagian tubuhnya telah diserang sel kanser..setelah duduk di wad di KPJ Seremban selama 6 hari, doktor menyarankan arwah wan dibawa pulang ke rumah. arwah wan dibawa ke rumah maklang di seremban, kerana di situlah tempat yang sesuai dan dekat dengan hospital. Ya Allah, besarnya dugaan Mu buat kami sekeluarga..

Hari tu mak masak sardin je..aku tak kisah, aku tau mak sibuk..dengan rempeyek lagi, dengan telefon adik beradik lagi bertanyakan perkembangan kesihatan arwah wan, dengan menjaga budak2 lagi. aku pun mengajak mak makan nasi bersama biar perut dia tak kosong. masa ni jam 4 ptg rasenye. sambil2 makan macam biasa aku berborak2 dengan mak n abah aku. mak duduk sebelah aku, abah pulak duduk berdepan dengan aku. borak2 macam2 hal. mak bercadang lepas budak2 balik petang tu, terus nak bergerak ke seremban.

elok je kami habis makan around pukul 6.30 ptg, paklang aku telefon. mak tak berani nak menjawab panggilan tu coz xsanggup nak terima apa2 berita melibatkan arwah wan. tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi arwah wan..abah yang menyambut panggilan telefon tu tiba2 mengucapkan 1 perkataan yang paling kami tak mahu dengar, "innalillah...". dikhabarkan arwah wan pergi tepat jam 6.20 petang.

Ya Allah....aku dan mak terus menangis. menangis . menangis. mak menangis di bahu aku..butir nasi yang masih lagi ada di dalam mulut aku serasakan pasir..ALLAHUAKBAR...aku cakap dekat mak, "kenapa wan tak nak tunggu kita, mak? Ya Allah..."...aku dan mak masih menangis. mata abah pun dah merah menahan esak tangis.

kami terus bersiap dan kami bertolak ke seremban lepas maghrib. along n kak ana (kakak ipar aku), cik nisah n cik kamal (mama n babah azril n afzan) serta cik eda n cik din (ibu n ayah pikah) juga turut berkonvoi dengan kami. semua 3 kereta. aku naik dengan cik nisah, mak naik dengan cik eda manakala abah naik dengan along. dalam perjalanan, masing2 diam. memendam rasa. air mata aku terus meleleh. Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat keluargaku...

sesampainya kami di rumah maklang, orang ramai berpusu2 keluar masuk. kami segera masuk dan menghampiri jenazah arwah wan. aku tidak dapat menahan sebak, lalu menangis lagi. mak terus memujuk, tapi bila mengingatkan betapa baiknya insan bergelar wan ni, aku tabahkan hati..tapi bila mengenangkan diri yang tidak dapat menyedekahkan bacaan Yassin kepadanya pada hari itu (biasalah perempuan), lagilah air mata aku tak dapat ditahan2. airmata berderai semula. mengalir laju. mak yang memahami, cuba terus memujuk aku sambil mengusap2 bahu aku, "dah la tuuu, kakak...tak baik menangis macam tu..". aku cuma menganggukkan kepala.


kak ana n mak..sedang bersedih atas pemergian arwah wan


solat jenazah yang dilakukan oleh seluruh keluarga terdekat..keesokan harinya solat lagi sekali disempurnakan di masjid pula.


aku kehilangannya...



p/s : Al-Fatihah...sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh arwah wan...moga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin..



19 JANUARI (1.29 PM)

OMG..It's true... =)



2 JANUARI
PENDAFTARAN SEBAGAI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

Di awal januari kenangan manis bermula. Hehe...Hari ini termaktub dalam sejarah hidup aku baru je bergelar mahasiswi UITM Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan kimia MINOR in oil and gas. pagi2 lagi dah kene beratur dekat Dewan Sri Budiman (kat dewan ni la nanti aku akan konvo diploma bulan Mei ni..hehe tak sabar) atau lebih dikenali dikalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM sebagai DSB.

aku ngan dak2 umah aku (aina, wawa, ifah, ikah & tiqah) beratur daripada jam 8.30 pagi sampai la jam 12.30 tengahari semata2 untuk membuat kad matriks..ouh my God...memang penat Ya Rabbi...lenguh2 kepala lutut aku ni ha..da la belum makan daripada pagi lagi...alaahai...

Aku sempat la jugak snap beberapa keping gambar nak menunjukkan kemerancakan pendaftaran pelajar baru kat UiTM ni..haha..


ni budak2 yang tengah rancak bersembang nak ilangkan keletihan...tengok tu, panjang gile kan barisan...huahua


ni tiqah..1 of my hommie...muke penat..hihi


ni lak cik wawa..hommie aku gak..tengah pikir apa la tu agaknya..da tak sabar nak makan la kot..hihi


ni lak 2 orang rummies aku, yg senyum lebar tu ifah n sorg lagi yg suke gelak kuat2 namenye ikah..hahahaha...masing2 time ni muka nak menghilangkan ketensenan...haha


ni barisan before barisan kitorang...panjaaaaaaaaaaang sangat....huh

nak dijadikan cerita, tengah kitorang syok2 beratur ni, ada la pulak group mamat yang agak kurang sivik gi potong line kitorang...kalau setakat 2 3 orang tu boleh la terima lagi, ni da nak dekat 1 batalion da haaa...maunya tak panas hati kitorang...ape lagi, sesi perli-memerli pun berlaku la...they all semua buat muke xcukup cekodok je...haihhhhh....tapi, kitorang gune la balik taktik potong memotong tu kan...haha..at last, dapat gak menyelit depan dorang balik..padanlah muka dorang...

so, bila semua da settle, pergi makan la apa lagi..hehe...tapi kad matriks tak dapat terus coz system jammed...nak tak nak kene tunggu 2 minggu after pendaftaran baru la boleh dapat..adoiii...