Sulaiman tolak godaan wanita cantik~



Sulaiman Bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, dia bersama seorang rakannya berniat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Tiba di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman tinggal di khemah manakala rakannya itu pula keluar membeli barangan keperluan. Ketika bersendirian, tiba-tiba muncul depan Sulaiman seorang gadis cantik seraya berkata "Beri saya..."

Sulaiman segera berganjak mengambil makanan lalu diberikannya kepada gadis itu tetapi alangkah terkejutnya apabila gadis berkenaan mengatakan "Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya,".

Sulaiman tersentak lalu membalas "Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku." Hati Sulaiman cukup gelisah, dia tunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan itu, gadis penggoda terbabit segera beredar meninggalkan Sulaiman.

Tidak lama kemudian, terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman pula belum sempat terhapus. "Ada apa pula gerangan wahai Sulaiman," tanya rakannya. Sulaiman menjawab "Aku teringat puteriku."

Rakannya tidak percaya pada jawapan Sulaiman "Tidak mungkin. Demi Allah SWT, engkau pasti menyembunyikan sesuatu." Dek terus didesak, Sulaiman akhirnya menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, rakannya yang mendengar cerita itu menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

"Mengapa engkau pula yang menangis," tanya Sulaiman. Jawab rakannya itu "Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi."

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa'i di Kaabah. Apabila letih dan lelah, dia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Sulaiman bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu "Siapakah tuan. Semoga tuan mendapat curahan rahmat."

"Aku Nabi Yusuf As-Siddiq," jawabnya. Sulaiman membalas "Sungguh, engkau mengagumkan wahai nabi, engkau menang melawan godaan isterim tuanmu." "Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula," jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.



dipetik daripada Metro Ahad 30 Mei 2010.

licik tak licik setan nih?

Al-Hijr ayat 39 [15:39]

Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejahatan) di dunia dan akan aku sesatkan mereka semuanya.



Setan dah sumpah pada Allah, dia pasti dan sesungguhnya akan berusaha sesatkan para manusia. Setan akan jadikan manusia ni ingkar pada Allah, namun manusia itu tetap dengan keingkarannya.Tipu daya setan ni byk dan licik, tanpa ilmu agama yang benar, pasti seseorang itu akan terjatuh dlm noda hasutan setan



Contoh kelicikan setan



1. Setan akan berusaha tuk menjauhkan manusia dari ilmu agama. Dibisikkan dlm hati supaya merasa malas tuk belajar ilmu agama, rasa boring, rasa berat kaki nk melangkah ke kelas2 agama, mcm kita tau dah pelajaran agama tu, agama ni senang ja, buat apa nk blaja2 lg.....pelajaran agama bkn leh jamin kesenangan dunia.


Ulasan: Mmg byk org yg ngaku Islam msuk perangkap pertama nih. Awal2 da kantoi



2. Klu sesorang tu berjaya lepasi halangan pertama ni, iaitu dia tetap melangkah ke kelas agama, tetap menghadiri melazimi kelas agama, xpernah miss....setan akan guna teknik kedua. Iaitu setan akan kaco konsentrasi tumpuan si pelajar - rasa gatal tgn nk kaco org, tak pon org len yg gatal tgn kaco kita, rasa gatal mulut nk sembang tnya yg tu tanya yg ni, rasa berat mata ngantuk - waktu blaja ilmu agama ni la rasa nk buat yg tu nk buat yg ni, waktu lain xsibuk2 pon....ni la antara tipu daya setan tuk alihkan perhatian kita dr blaja ilmu agama. Walaupon sememangnya kita dh berada dlm majlis ilmu, tp dia akan kaco supaya fokus kita terganggu dan kita xakan dpt manfaat dr majlis ilmu tsb.


Ulasan: Perati2 la diri senirik, ade ke xde gangguan ni



3. Klu sensorang tu dpt teguhkan fokus dia pd pelajaran agama, dia xhirau pd gangguan2 setan, dia tumpu untuk cuba memahami dan amik istifadah (amik manfaat) pd ilmu yg dia dgr, tetap setan akan teruskan usaha tuk sesatkan manusia. Setelah seseorang tu tau kbnrn agama, apa yg diperintah apa yg dilarang, setan akan ganggu dia dr segi pengamalan. Betapa byk di kalangan cerdik pandai agama yg menyalahi perintah agama setelah dia mengetahui kbnrn tsb. Kita dh tau tp kita xbuat sebagaimana yg kita tau. Ini tipudaya setan yg ketiga. Apabila halangan pertama dan kedua berjaya kita lepasi, inilah halangan ketiga. Mampukah kita berpegang dan beramal dgn kbnrn agama atau kita hanyut dlm arus dunia - tuk jaga periuk nasi, jaga adat masyarakat setempat walau ianya menyalahi syariat dsb.


Ulasan: Jgn ingt ust2 ulama agamawan betoi sume, byk gak yg bawak penyelewengan dlm urusan agama. Dan bkn ulama je yg terkena tipudaya nih, org awam pon byk yg msuk dlm perangkap nih



4. Jika halangan ketiga berjaya kita lepasi, kita tetap teguh dan beramal dgn kbnrn walau ianya menyalahi kehendak dan pengamalan org kebanyakan - setan akan datangkan gangguan yg ke 4 iaitu ditimbulkan rasa riya' dlm diri, rasa diri bagus, alim, warak, merasakan diri mulia dr org kebanyakan - setan akan hasut supaya amalan kebaikan yg kita lakukan dicampuri dgn riya' di mana akhirnya akan sia2 amal soleh yg kita kerjakan. Jika kita tepis noda riya' (beramal bkn krn Allah, dicampurkan ikhlas pd Allah dgn kehendak supaya dipuji, tuk jaga reputasi, jaga standard, takut org kata, takut nmpk lekeh) maka mudah2an ianya satu amal yg diterima Allah. Tp klu kita biarkan rasa riya' itu berkembang mekar tanpa kita balikkan segala puji bg Allah, bimbang hancus amalan kita.


Ulasan: Yg ni diri seniri kna amik perhatian. Org len xtau kita ikhlas ke tak...tnya hati sendirik



Sia2 amalan walau stlh kita berkorban segalanya tuk beramal dgn kbnrn agama. Rugi la klu dah berpenat lelah mengharung badai tetap bertahan dgn jln Allah, tiba2 kita seniri yg rosakkan amal kita dgn riya' - sekutukan Allah dlm beribadah.



sesuatu~





Ada sesuatu untuk diberitahu
Sesuatu yang tersembunyi di dalam kalbu
Bila mata menjadi saksi lalu mulut diam membeku
Layak atau tidaknya aku berada di situ
Hanya Allah yang tahu

sifat JUN~ nombor 7~

Hurmmmm. Kadang-kadang kan terfikir bulan kelahiran kita ni mempengaruhi kita ke tak kan. By the way, macam-macam kajian dah dibuat untuk membuktikan bulan kelahiran mempengaruhi tingkah laku n perangai kita. Yeke? Urmmmm entahla...Mungkin yer mungkin tidak...


Kat bawah ni ditunjukkan sifat-sifat bagi pemilik diri yang dilahirkan pada bulan Jun. Yes, akulah tu! Hehe. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah. Tapi betul ke tak? Yer mari kita check. Hee ^_^


Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai yang lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood.
Idea yg terlalu banyak dikepala.
Bersikap sensitif.
Otaknya aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Org yg sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat nak sembuh apabila terluka hati.
Mudah menjadi eksekutif.
Suka kepada barang yang berjenama.
Kedegilan yangg tidak terkawal.
Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa menegur saya adalah kawan saya.


Ok. So setelah diteliti, 96% daripada sifat-sifat yang disenaraikan adalah memang SAYA! Yer, diulangi memang SAYA! Hehehehe. Err, yeke? Yer laaa. ekekeke. Tak percaye? Boleh tanye mak saye. heehe. So anda yang kenal saya mesti tau saya macam mane kan kan kan? bluuueeekkkss! haha :P




Ok. Ok. Tadi kita dah bercerita about sifat-sifat JUN. Now kita beralih arah (perghhh macam lagu la plak. Hahahah) kepada nombor kelahiran. Haaa, kita sendiri pon boleh kira bende ni sebenarnye. Tak susah pon. Hehehe. Tambah je sume-sume nombor yang ade kat tarikh lahir kite tu. Then, dapatlah nombornye! Senang kan? Hee ^_^


Ok setelah dikira-kira dan dihitung-hitung, nombor kelahiran saya adalah 7. Bermaksud intelektual. Apa ada yer di balik intelektual nih? Yes! Mari kita terjah! haha


Anda adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi.
Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan anda tidak mempengaruhi keputusan Anda.
Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling anda tetapi anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Anda sangat suka berahsia.


Urmm. Urmmm. Yang second last tuh macam tak betol jek. Heheh.







p/s: so dah kenal saye ker belom? kolo belom, jom kenal-kenalan. hikhihikkk.

sungai di dasar laut? Allahuakbar..

Dipetik daripada http://tanya-ustaz.blogspot.com/



Sungai di bawah laut ..itu adalah tanda bahawa Allahlah sahaja Tuhan yg sebenar kerana perkara itu telah terakam di dlm Al-Quran " Dan Dialah yg menciptakan 2 lautan , ini ( air lautan yg pertama ) rasanya payau dan tawar dan ini ( lautan yg ke dua ) rasanya masin dan di antara ke duanya ada dinding yg memisahkannya."

jadi nikmat tuhan yg mana satu yg engkau dustakan !!!

Wanita dan Lelaki Saling Melengkapi

diambil daripada www.iluvislam.com
mya_maisarah
editor: azzahra_solehah

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

sudi hadiahkan saye buku ni?




haaaa, buku nih dah lame aku ngidam nak bace..uhuk! uhuk! tapi still tak dapat-dapat lagi...dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, dengar cite buku ni sangat-sangatlah bestnye...huwaaaaa....nak baceeeee....

urmmm...ade sape-sape tak yg sudi nak hadiahkan kat saye? lagipon birthday saye dah nak dekat nih...hihihikkk (ngengade la kau dila!)

tapi takpela...kalo tade sape kasi, aku beli la nanti..lalalaa~
takire...takire..takire...nak jugak buku ni! hihi

^_^

sape cakap tembikai menggemukkan?? ^ ^

sebelum tahu fakta yang betul nih, aku risau gak takot la gemuk plak kan dok keje makan tembikai je kat umah ni..yela, aku ley abeskan sebiji tembikai merah sehari..tak kesa la tembikai ape pon..gile kan? haha..but now tak perlu takut lagi! yey!

nak tahu sebab ape tak perlu takut lagi?
haa...bace la artikel ni..diambil dari lamanweb iluvislam.com...

sekarang bleyh makan tembikai tanpa rasa ngeri! hehehe







Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.


Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.





* Sumber:
Danial Zainal Abidin (2009). Quran Saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.



so jom kawan-kawan! kita pergi borong tembikai banyak-banyak keyh! hihihi

Yang Terindah lyrics

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah






desktop baru..hihi



hihihikkkk ^_^





urm...
urmmmm...

nak tau taaaaakkk...
semalam kan....
saya dah berjaya...
berjaya ape??

yey!

berjaye melakukan post-mortem....
post-mortem ape yer?

jeng! jeng! jeng!

hahahaa...
ade laaa...
biarlah rahsia...

erk??

shhhhh...
mane boleh cerita kat sini...
hihihikkkk...

err...

haaa....
tapi sekarang....
saya makin yakin...
yang dia memang sayangkan saya...

yer....
betolll....
tak tipu...
insyaAllah...
saya percaya dengannya...

psssss...
urm awak....
terima kasih yer..
sebab terima saya seadanya...
tu je yang saya nak ucap...
yang len-len tu saya dah ucapkan dekat DIA.... *_~



DEAR, MOGA ALLAH RESTUI SEGALANYA...Amin~











CONVOCATION DAY OF MINE! Diploma in chemical engineering *




21 Mei 2010

yey!

saya dah berjaya!

convocation!

heheheh...

ngeee :P...Entry kali ni nak bercerita tentang hari konvokesyen aku...Lalalaaaa...Besh! sebabnye...Tak payah nak gi jejauh..Dulu blaja kat Penang, tapi bila konvo kat shah alam jer..dekat sudaaa...Ekekeke :P


Pagi-pagi lagi pukul 5 aku dah mandi..bukan apa nak bersiap nanti takdelah kelam-kabut. Hehe, dengan nak make-up nye lagi...Haaa...Then, dah siap semua tepat 6.15 pagi aku ngan family dah bertolak dari rumah menuju ke kampus. Pergghhhh, awal gila kan..Kolo pikir-pikir balik, umah dengan kampus bukan jauh sangat pon..Tapi mane tak nye..Parent aku nak mengejar tempat duduk kat Dewan Sri Budiman tu haa, dorang nak tengok 'live' aku terima skroll..Hehehe..Terharuuu.....So, kenelah bertolak awal kan.. ^_^


Sampai-sampai je kat kampus, bergegas la cari parking. Then, kene plak naik bas...Aduyyaaaiii...Dah la kepanasan..Cair mekap eden! Hehehe :P


Pastu, dah sampai DSB, mak abah aku beratur, then aku pon menuju ke laluan yang sepatutnya...Nak gi mendaftarkan diri lah kononnya...ekekek :P...Haa, time ni la pon adegan-adegan 'shooting' drama ape ntah berlaku..Hahahaa....Punyelah photoshoot tak hengaaaaattt...Dengan aku-aku sekali dah macam orang tak pernah tengok kamera..Hahahaa

Hurrrmmm, dah la aku punye turn nombor naik pentas yang ke-870. Tak ke naye nak menunggu tuh...Haiihhhhh....Sibuk-sibuk menunggu tu ape lagi kan, aksi-aksi pon diteruskan lah..Macam-macam ada..Aksi mereng, aksi nak terkentut, aksi muke senget, aksi kepale tak cukup, haaaa sume-sume lah memang ada! Ahhahaha

Jom kita tengok apa yang jadi that day..Hehe..SENYUM! =)


Haa, gambar ni dirakamkan malam sebelum konvokesyen tuh..lepas balik dari kedai gambar buat gambar convo dengan family, meng'gambar'kan diri plak la kat rumah...hehehe


ni adik aku, nur azwani amalina sharudin..haa, kenape binti kami tak same? sebabnye...mak aku just babysit dia lol..so, memang dah anggap macam adik sendiri...tapi adik macam kakak je kan? well...hihi


ni plak mak aku PUAN NASIBAH BINTI SARMAN...haaa, ni jawa rangers namenye! ekekke :P


Kesengalan menghantui pemikiran ketika ini. ekekee..mungkin tidak cukup makan dan memerlukan perhatian pakar psy..hahaha


yeaahhh....alhamdulillah..hehe =)


kami anak beranak cute kan? hehe


ni lah rumet aku...yg kanan si ifah dah lebih dari 3 thn jadi rumet aku, yang tgh tido tu plak ikah baru sem ni jadi rumet aku..haaaaa korang, amacam jadi rumet aku? best tak? haha


yeaahhh..bersama penerima Anugerah Naib Canselor tunggal from UiTM Penang fakulti kitorang, Izzati Nadia..perggghhh, walopon sekarang dah lain major course, tapi still bley jadi sifu kami kan?! hehe


so, berakhirlah majlis konvokesyen kami semua...moga konvokesyen Degree akan datang nanti kita sambut bersama-sama jugak yer...InsyaAllah...!

pre-convo ke ape ni?? hehhe


15 Mei 2010

hari ni kitorang kene gi raptai konvo..haaa...aku ingatkan raptai ni naik sorang-sorang kat atas pentas tuh...rupanya, pihak urusetia just bagitau apa yang patut kitorang patuhi masa hari konvokesyen tu nanti..aiyooo...

tapi kan, saat yang paling best skali adalah masa ambik jubah konvo and tiba masa men'try' jubah tu..hahah...macam2 gelagat ada...haha..ada yang tuka banyak kali coz jubah besar, ada yang tukar dengan member sendiri (akulah tu..ahhaha :P), ade yang tuka coz kecik..hahahaha...tapi yang pasti kitorg enjoy that day...senyuuuuuummmm walaupun penat! hhehe...so gambar-gambar di bawah ni telah ditangkap sewaktu menunggu raptai..enjoy! hehe



amacam, comel tak saya? hehe..nanti 2 tahun lagi saya akan memakainya lagi sekali...ngee =)




ni majidah..haha..die kolo begambo mesti nak tido jek..eh eh? hahaha



air terjun kat UiTM...haha...biar la orang nak kata kami jakun je (padahal memang jakun pon! haha), coz memang tak penah tangkap gambar kat sini lagi..haha



kanak-kanak retarded menonjolkan aksi..hahahaha


ape mende ni? ntah aku pon tataw..men sebat je tangkap gambar bawah mende alah ni..nasib jek mende tu tak jatuh! hihi



suka gila tengok gambar ni..nice girls!!