....SELAMAT PAGI CHENTA....

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku
umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yg berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yg besarnye tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada...

kini aku harus terus menunggu
atau hilang saja aku di lautan yg luas




suci : saya tau sape yg selalu memperhatikan saya...awak...sukekan saye?

azam : saya tulis puisi ni utk awak faham...lebih dari suka...
hampir pada sayang...




=_+

hitorimono




























A love that's so demanding, I can't speak

hari ini
hari ini aku di sini lagi
sepi, sunyi, sendiri
aduhai hati
jangan kau tangisi
tak ada yang mampu fahami
biarkan...biarkan..
biarkan bintang mencuri malam
biarkan bulan menghiasi kelam
jangan leka mengadap mentari
jangan lena menyusur denai berduri

mahuku mahumu
berbeza semua tak mahu ku tahu
yang cuma ku perlu
bicara itu, bicara begitu
jangan sampai merampas mimpi
aku bukanlah pasti
tapi aku yakini
Yang Maha Esa mendengari

kau aku
bukannya lagu
bukan jua lirik penuh pesona merdu
irama indah hanyalah aku
aku
ada kau di situ

i can't speak
yet can't breath
am i see the deep
even many said its cheap
do i care?
nor i dare?
put it in your way
because i can't say
how long will i stay
come what may



huaaarrrggghhhh....haaa....lame da blog ni bersawang upenye...ni yg nak bersihkan semula sawang-sawang ni...hehe...oooo, entry kali ni...banyak bende aku nk kongsi...banyak sangat...tapi cukuplah setakat itu dulu...kalau faham poem kat atas ni, andalah sahabat saya... ;)


aku nak bagitahu ni..manusia sangat sukar mengekspresikan perasaan mahupun rasa CINTA dalam erti kata perbualan mahupun percakapan mahupun dialog & seangkatan dengannya lah...tapi bila dah diekspresikan, macam-macamlah pulak jawapan yang diterima...ada yang positif dan ada yang negatif..aku bercakap bukan disebabkan pengalaman sendiri, tapi ada juga pengalaman sahabat handai, sedara mara, jua orang sekeliling yang aku kenal ataupun tak berapa nak kenal..


ramai kawan-kawan aku yang mengalami macam-macam kisah cinta..ada yang suka pada seseorang tapi cintanya tak dibalas, ada yang dicintai seseorang tapi sahabat ini tidak menyukainya, ada yang bercinta dua tiga, tak kurang juga ada yang berskandal...dan pelbagai lagi...aku tak mahu kupas satu-persatu...jelak...kerana semua itu tidak berkaitan denganku buat masa ini..


jika dihitung hari ke hari...bulan ke bulan...dan tahun ke tahun...sudah banyak yang aku lalui...suka, duka, tawa, airmata, riang, senda, gurau, tangis, kecewa, bahagia...semua atas nama cinta...cintaku pada DIA nun DI ATAS, cintaku pada keluarga, cintaku pada sahabat-sahabat, dan cintaku pada semua yang mengenali dan membantu selama ini...


tapi cinta yang itu belum jua ku dapati...biarlah...ada apa dengan cinta...a love that is soooo demanding and i can't even speak...biar waktu menjawab semua, biar masa merungkai segala...andai dibuka rahsia, akanku patri janji pada Yang Esa...



famous last words

Now I know
That I can't make you stay
But where's your heart?
But where's your heart?
But where's your...

And I know
There's nothing I can say
To change that part
To change that part
To change...

So many
Bright lights, they cast a shadow
But can I speak?
Well is it hard understanding
I'm incomplete
A life that's so demanding
I get so weak
A love that's so demanding
I can't speak

I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alone
Honey if you stay, I'll be forgiven
Nothing you can say can stop me going home

Can you see
My eyes are shining bright
'Cause I'm out here
On the other side
Of a jet black hotel mirror
And I'm so weak
Is it hard understanding
I'm incomplete
A love that's so demanding
I get weak

These bright lights have always blinded me
These bright lights have always blinded me
I say

I see you lying next to me
With words I thought I'd never speak
Awake and unafraid
Asleep or dead

ALHAMDULILLAH....syukur padaMU ya Allah....indahnya perasaan pabila bergelar graduan.. ;)

Alhamdulillah....syukur padaMU ya Allah...penantian selama 3 tahun membuahkan hasil..walau pun bukanlah cemerlang, tapi sudah cukup untuk mengukirkan senyuman puas...ye, aku PUAS....puas dapat tunaikan impian bonda & ayahanda....diploma kini milikkku meskipun hanyalah sehelai kertas cuma, nilaiannya penuh erti dan sarat dengan memori...
.



ku idamkan ikhlasnya pujian dr hati-hati di sekelilingku.....dah ku dapatkan...ku impikan doa mereka-mereka yg menyayangi, sudah juga ku temui...Ya Allah, besarnya nikmatMU...

hurmmm...terima kasih penuh budi yang tak terperi
pada mak abah serta keluarga yang tak jemu membanting tulang mengenalkan aku pada erti suatu harga lelah penat agar aku tak tenat menghadapi dunia yang serba sarat dengan indahnya barat...

juga sekalung sayang buat orang-orang di keliling aku yang banyak menyeru minda untuk suatu idea, mengerah tenaga agar tugasan menjadi nyata, jua melayan kerenah tak mengira ruang dan masa...

aku kini menunggu....untuk teruskan perjuangan meniti dan menilai hidup serta merancang dunia...Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku....amin.













biarkan ianya rahsia, untuk disimpan dalam hati sebagai rasa..... ^_~


kan ku lengkapkan rasa bila tiba waktunya
kan ku sandarkan harapan biar jiwa bicara
hanya rasa mendepani segala

tunggu dan jangan pernah pergi
belum sempat ku isi rahsia hati jua diri
dengar, rasa dan alami

jangan pernah bicara
biar waktu bicara rahsia cinta
hati kau yang kosong, akan ku penuhi suatu hari


Ohhhh....kenape entri kali ni jiwang ni??? hehee...kerana dihambat rasa jua tak puas mahu menduga apakah hati mahu mencinta aku seadanya...

ya aku paham...bukan semua orang mahu mengaku mencinta...hak masing2 ku rasa...terpulang pada tanggapan mahupun bual bicara timbang tara dalam hati juga minda...tentang cinta, tak perlu diajar mahupun dipinta, tua muda semua tahu ertinya, tanyalah pakcik makcik semua mereka akan bicara tentang indahnya dunia pabila dicinta...

tentang aku...?? yer...tak perlu sangat untuk anda tahu kerana aku bukan siapa-siapa, untuk disoal tentang manis pahitnya rasa, juga disoal tentang bilakah mencinta....yang ku tahu, aku penunggu setia, penanti hadirnya cinta, penegak rasa antara aku juga dia...

DIA??? biarkan waktu menjawab semua..tentang segala yang ku rasa, tentang diri yang mencinta dia apa adanya....aku bukan manusia agung, tapi hanya mahu menjadikan cintaku sandaran untukku mendapatkan cinta agung darinya Yang Esa...

biarkan ia rahsia...untuk disimpan dalam hati sebagai rasa, buat bicara bila tiba waktunya, andai benar kau adam dan aku hawanya...