A love that's so demanding, I can't speak

hari ini
hari ini aku di sini lagi
sepi, sunyi, sendiri
aduhai hati
jangan kau tangisi
tak ada yang mampu fahami
biarkan...biarkan..
biarkan bintang mencuri malam
biarkan bulan menghiasi kelam
jangan leka mengadap mentari
jangan lena menyusur denai berduri

mahuku mahumu
berbeza semua tak mahu ku tahu
yang cuma ku perlu
bicara itu, bicara begitu
jangan sampai merampas mimpi
aku bukanlah pasti
tapi aku yakini
Yang Maha Esa mendengari

kau aku
bukannya lagu
bukan jua lirik penuh pesona merdu
irama indah hanyalah aku
aku
ada kau di situ

i can't speak
yet can't breath
am i see the deep
even many said its cheap
do i care?
nor i dare?
put it in your way
because i can't say
how long will i stay
come what may



huaaarrrggghhhh....haaa....lame da blog ni bersawang upenye...ni yg nak bersihkan semula sawang-sawang ni...hehe...oooo, entry kali ni...banyak bende aku nk kongsi...banyak sangat...tapi cukuplah setakat itu dulu...kalau faham poem kat atas ni, andalah sahabat saya... ;)


aku nak bagitahu ni..manusia sangat sukar mengekspresikan perasaan mahupun rasa CINTA dalam erti kata perbualan mahupun percakapan mahupun dialog & seangkatan dengannya lah...tapi bila dah diekspresikan, macam-macamlah pulak jawapan yang diterima...ada yang positif dan ada yang negatif..aku bercakap bukan disebabkan pengalaman sendiri, tapi ada juga pengalaman sahabat handai, sedara mara, jua orang sekeliling yang aku kenal ataupun tak berapa nak kenal..


ramai kawan-kawan aku yang mengalami macam-macam kisah cinta..ada yang suka pada seseorang tapi cintanya tak dibalas, ada yang dicintai seseorang tapi sahabat ini tidak menyukainya, ada yang bercinta dua tiga, tak kurang juga ada yang berskandal...dan pelbagai lagi...aku tak mahu kupas satu-persatu...jelak...kerana semua itu tidak berkaitan denganku buat masa ini..


jika dihitung hari ke hari...bulan ke bulan...dan tahun ke tahun...sudah banyak yang aku lalui...suka, duka, tawa, airmata, riang, senda, gurau, tangis, kecewa, bahagia...semua atas nama cinta...cintaku pada DIA nun DI ATAS, cintaku pada keluarga, cintaku pada sahabat-sahabat, dan cintaku pada semua yang mengenali dan membantu selama ini...


tapi cinta yang itu belum jua ku dapati...biarlah...ada apa dengan cinta...a love that is soooo demanding and i can't even speak...biar waktu menjawab semua, biar masa merungkai segala...andai dibuka rahsia, akanku patri janji pada Yang Esa...



0 response:

Post a Comment